Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111120

Apabila diri dirisik...

Apabila diri dirisik... terima ja risikan tu… jgn jual mahal..
assalamualaikum w.b.t kpd semua,

mungkin semua tertanya-tanya dgn maudhu' ana kali ni..tp itulah hakikat yg ana ingin kongsikan.


"boleh ana kenal enta tanpa fitnah?" tiba-tiba mesej itu sampai kpd ana. ana dapat mengesan kelainan mesej itu, ttpi ana tepis sejauhnya. diringkaskan, ana dirisik oleh muslimin yg ana yakini agamanya sejak dari dulu lagi. masyaAllah gembira bukan kepalang, namun ana takut. ana takut! krn risikan ini datang terlalu awal dan ana punya 'pesaing'. bermakna dia harus buat pemilihan antara ana dan calon yg satu lagi.


masyaAllah, debaran hanya Allah yg tahu. namun ana yakin pada istikharah dan musyawarah yg telah ana lakukan. 9 tahun ana pendam segenap rasa di hati, pendam utk menjadi sayap kirinya dalam perjuangan. mnjadi teman dalam susah senang berjuang dalam medan dakwah ilallah. tersimpan kemas cita itu di hati.


namun..JODOH ITU RAHSIA ALLAH


bukan jodoh kami yg Allah catat di loh mahfuz sana. istikharah dan musyawarah, jawapanya negatif! masyaAllah, kecewanya ana ALLAH yg tahu. sampaikan ustaz ana cakap, susah ana nak terima orang lain selain dia. dan ustaz nasihat, bukalah hati awak utk yg lebih baik selepas ni. ana tersenyum. senyum dalam perit yg amat sangat.


ana tak kuat utk beri jawapan tidak! dan akhirnya sampai mesej yg dia meminta maaf. fahamlah ana maafnya itu kerana apa. ana pasrah dalam tangis. minggu lepas tasmi' Al-Quran ana hancur! hancur sehancurnya. hafal..hafal, air mata ana mengalir tnpa sedar. dalam sendu, ana tetap cuba menghafal. hati ana dihiris, ana teruskan sehingga isak ana xdpt di bendung. masjid DQ mnjadi saksi tangis itu tiada henti. tangis itu lantaran ana sangat2 rindukan Allah dek hati yg robek."Allah amat menyukai keadaan hamba yg hancur remuk hatinya", teringat akan hadis tersebut..tangis ana kian reda.


mana mungkin rasa 9 tahun di hapus dalam 9 jam?berkat bantuan semua, ana cuba bangkit sedaya mungkin. biar dia menolak ana, asal Allah tidak menolak ana. asal Al-Qur'an tidak laknat ana. naudzubillah. Al-Quran lebih penting dari rasa perit ini. ana putuskan, agar mengalihkan rasa itu kpd perjuangan..agar perjuangan ana lebih mantap. mgkn dgn cara ini Allah nak menarik cinta ana lebih kpd Dia.


ana redho dalam sakit! asal sakit itu yg Allah redho


*Rabbi, cintaku milik-Mu..cinta tarbiah dakwah,hatiku milik-Mu!
(dgr nasyid bingkai kehidupan dr shoutul harokah..masyaAllah sgt bagus)

Koleksi cinta..

Koleksi Cinta
Sebait CINTA“Tampakkanlah indah DzatMu itu, biarkan cintaku menembus HijabMuTapi gunung semakin hancur”“Aku mencintaimu karena agamamu (islam). Jika lenyap islam dihatimu. Habislah cintaku”.“Lihatlah…!!! Aku berdiri seperti ranting kering. Semua ini karena cintaku dan kau tak kunjung kembali. HuggHGks. HuuhH HeuuH hehh. HmmmHMmm!!!”“Air mata ini sudah habis. kenapa kau masih tanam belati di hati ini???Tapi demi cinta, tak kan kubiarkan siapapun mencabutnya. Ohh.”“Anakku, sayang!!! Siapa bilang ibumu ini tidak mencintaimu?Bahkan ayahmu itu, cintanya sangatlah lebih. Jangan percaya mereka!!!Sekarang tidur saja…”“Kalau memang cinta, pinanglah dan jadikan aku istrimuMari arungi bersama gelombang bahtera itu...”"Kaulah serigala kelaparan, menodai cintaku dengan menancapkan gigi runcing di tubuh ini, lalu pergi tanpa beban meninggalkan benih kehidupan""..... ,,,,,, !!!!!! ?????? "CINTA, cinta, dan cinta. Rasa dan maknanya begitu luas dari yang paling agung sampai yang tak bisa diungkap dengan kata-kata. Siapapun bisa merasakannya dan berceritera, mungkin saja hanya ta’rif ataupun gambaran berbagai sosok dan bentuk. Sangatlah wajar.Ada beberapa isitlah dalam bahasa ‘Arab yang arti, makna dan pengaruhnya saling berhubungan dengan kata CINTA ini. Hanya sebagai referensi, walaupun pernah ada yang membuatnya (CINTA HAKIKI), kali ini saya tulis dari sumber yang berbeda. Mudah-mudahan bisa saling melengkapi dan berbagi.SumberJudul asli: Raudhah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-MusytaqinPengarang: Ibnu Qayyim Al-jauziyyahPenerjemah: Kathur SuhardiJudul: Taman Orang-orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu.

apakah itu cinta..

apa itu cinta???
Apakah itu cinta? ......Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satusifat manusia.Ia wujud bila hati tertarikkepada yang dicintainya itu penuh emosidan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalamcinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insanyang mula jatuh cinta akan bersungguh untukmencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yangmenjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhikeperluan cintanya itu. Insan sebegini inginhidup yang bersih dan penuh taqwa.Sifat CintaCinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itusempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-sifat cinta ;Cinta Wujud Sejak DilahirkanRasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.Cinta Bersedia?Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikanmanusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersediamenerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengandikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untukdipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yangdicintai. Cinta Itu IndahWalaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dancantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantikmalah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.Cinta Itu Mengharap BalasanCinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,daridiri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yangdicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuaidan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbalbalik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapijuga menerima.Cinta Itu MenaklukiSifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanyakhusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam padaingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.Cinta Itu MengetahuiPada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahusiapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia bolehjatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahuapa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahuakan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.Cinta Itu HidupCinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta bolehlayu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.ketahuilah, Cinta Itu SuciSebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cintabukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasancinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosaItulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Merekayang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yangtidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.Cinta Itu MempersonaCinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cintaitu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyumpada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianyacomel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifatcinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bilabercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannyadan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akanmenodai cinta itu sendiri.Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampudikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jikaanda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.Apakah itu Bukti Cintakepada......Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawabukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apasaja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidakberlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semuayang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanananda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasihyang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci danselamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itumembuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadapsesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"- Saidina Umar Ibnul Khattab -

20111119

Pesanan buat diriku...

Terkedu lidahku apabila diri ditanya..”anis dah ada ke?” apa yang harus ku jawab..persoalan ini sering menjadi bualan hangat rakan-rakan sekelilingku..namun aku hanya tunduk dan menggeleng kepala tanda diriku masih belum terikat dengan sesiapa..
”Ish!! tak percaya la!”,
”Betul ke?”,
“ala tak payah la tipu kami!”,
”Ye ke? Jangan la memilih sangat!”
“takkan tak de orang nak kot?”
“Ke tak nak kongsi dengan kami!”
Itulah ayat yang sering dituju buatku apabila aku cuba memberitahu kebenaran tentang diriku..jika aku berbohong untuk mengelak dari terkena dengan kawan-kawan?..boleh! tapi mampu ke aku untuk menanggung dosa kemudian hari?
“Menipu tetap haram hukumnya, walaupun kita menipu untuk kebaikan” ayat itu aku dengar dalam satu ceramah, jadi kalu boleh setiap yang keluar dalam mulutku adalah benar belaka, tak sanggup untuk aku menambah dosa yang ada…
Cinta..sering menjadi bualan hangat remaja-remaja masa kini..masakan aku juga ingin merasakan apa yang dimaksudkan dengan cinta…tapi macam mana? Dalam islam boleh ke bercinta? Putaran minda sedang berfikir…nak bercakap dengan lelaki pun tak boleh, inikan pulak dan berdua-duaan..lagi tak boleh…”ish!!!” macam mana ni..!”
Kalau tak kawan dengan kaum adam maka takkan muncullah cinta…”tak kenal maka tak cinta”…itulah istilah yang sering digunakan oleh rakan-rakanku..
Cinta dilangit kasih dibumi…tajuk ceramah yang pernah ku dengar suatu ketika dulu, ia berkisarkan tentan cinta kepadaNYA dan cinta kepada hambanya…sungguh bernas penyampaian oleh penceramah kerana dia menyedarkan diriku tentang erti cinta yang sebenarnya..
“Jika kita memilih untuk cinta kepadaNYA..Allah akan memberi cinta hamba kepadanya, tetapi jika kita memilih untuk cinta kepada hambanya, cinta itu hanya untuk sementara…”
Sungguh mendalam maksud cinta yang disampaikan…adakah kita faham kenapa Allah mengharamkan hambanya bercinta semasa belum berkahwin..berkawan selain untuk tujuan ilmu dan sahsiah diri..kerana nafsu manusia itu tinggi..masakan tidak jika ADAM pun tunduk pada cinta HAWA..begitulah jugak lelaki dan perempuan akan tunduk kepada cinta..
Hanya cinta pada Allah yang kekal selamanya..dia yang memberikan kita cinta yang sebenarnya, iaitu cinta kepada hamba yang halal disisinya.. cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami..nikmat cinta lebih kukuh, ukhuwah dan mahabbah kerana cinta yang dibina berdasarkan cinta Allah bukan cinta nafsu semata-mata..
“Macam mana nak mencari cinta jika tidak bergaul untuk mengenali kaum ADAM?” soalan yang sering diajukan kepada pendakwah-pendakwah yang memengang hukum haram dalam bercinta..cinta yang haram sangat mudah untuk mendapatkannya..manakala cinta yang halal sangat susah..itu semua tanggapan orang yang tidak mahu dengan cinta Allah..
Jika kita meletakkan Allah sebagai pencari cinta..insyaallah DIA akan memberi kita petunjuk dalam memilih jalan cinta yang diredhainya…
“Macam mana?” soalan diaju lagi…melalui orang tengah yang kita rasa yakin untuk sama-sama bermusyawarah dalam memilih cinta…melalui program-program dakwah..program-program yang mendekatkan diri kita kepada Allah..semasa malaikat menaugi kita, dia turut sama berdoa untuk kesejahteraan dunia dan ahirat…itulah keberkatan yang kita cari selama ini…
Indahnya cinta Allah..
“Tapi kenapa tidak ramai yang mahu memilih cinta Allah?”..kerana mengikut hawa nafsu semata-mata..tiada istikharah dalam memilih cinta dan tidak meletakkan Allah ditempat terATAS…
Maha suci Allah yang menjaga hati pemiliknya..sucikan hati kami dari memiliki Cinta Dunia…
Wahai muslimah dan saudari seislamku…pesanan ini aku tujukan untuk diriku jua..bagi memberi sedikit keteguhan dalam memilih cinta Allah mengatasi cinta hambanya…jadikanlah malammu hidup dengan solat tahajud dan istikharah dalam memilih haluan duniawi..basahkan lidahmu dengan meminta keampunan Allah..”Allahumma innnaka affuan karim tuhibbul afwakfuanna…”mudah-mudahan hidup ini akan menjadi indah..
Bersihkan dirimu dengan menjauhi sifat ammarah…hiasilah dirimu dengan sifat-sifat terpuji…serapkan dalam dirimu kesabaran…jadilah seperti Rabiatul Adawiyah yang memilih cinta Agung melebihi cinta manusia…
Titipkan kata-kata indah dalam setiap bait-bait katamu sehingga dirimu menjadi muslimah yang disegani dimata kaum ADAM..sehingga mereka turut tertunduk dan insaf akan diri mereka lantaran tundukknya pandanganmu…
Taburkanlah benih-benih Islam dalam jiwa-jiwa remaja sekelilingmu..sanjunglah dan puji mereka kerana mereka belum kenal cinta Allah..janganlah merendah-rendahkan martabat mereka serta menunding jari jika mereka melakukan kesalahan kerana itu bukanlah cara terbaik dalam berdakwah…
Hiasilah diri dengan kalam Allah dan Sunah Rasul semoga ia sentiasa berkembang mekar dalam hati insan-insan yang rindukan taman-taman islam..
Semoga memiliki cinta Allah sebagai cinta Rabbul Izzati…amin

20111117

Insan Istimewa..

Lakaran rindu bertaut kasih buat insan yang sangat istimewa dalam hidupku…kerinduan terhadamu amat berat untuk ku tanggung cinta seorang anak yang menantikan curahan kasih insan bernama UMMI…
Seraut wajah nur kasih terpancar di wajah seorang da’i yang sentiasa menjadikan solat dan al-quran pembimbing hidup…tatkala susah dan senang…
Maha Suci Allah telah mengurniakan insan yang tawadhuk ini buat keluargaku yang tercinta…aku panjatkan kesyukuran kepadaMU pemilik segala kuasa…
Tautan hati seorang anak dan ibu terasa menjalar dalam urat nadi…seakan dapat merasakan perasaan kasih yang mendalam seorang ibu…
Berkali-kali ayat ini meniti di gegendang teliga..”Kasih ibu sangat suci..pengorbanannya sehingga mati..tidak kenal susah untuk menddidik amanah Allah..”
Adakah kita mengambil kata-kata itu sebagai pedoman atau hanya menghiasi mesej-mesej rindu untuk melengkapkan diri dalam seharian…
“Naluri ibu terhadap anak sentiasa mendalam dan tepat!..tapi adakah naluri seorang anak untuk ibu itu ada????” pertanyaan ini sering bermain difikiranku..insan yang tercinta patut disanjung untuk akhir-akhir hayatnya…
“Kasih ibu sehingga mati..kasih anak sampai ke mana?”
Jernih-jernih putih mengalir dipipi tatkala melihat insan-insan ini hidup terbiar, seakan-akan diri sangat hina…berjalan ke sana ke mari dengan kepayahan sebagai warga istimewa…
Ya Allah…
Seraut kesyukuran aku panjatkan kepadaMU kerana member hati ini rasa cinta yang mendalam kudus dan kasih buat insan yang cukup istimewa dalam hidupku..
UMMI..Nik Noriah Nik Hassan..sebagai seorang anak.aku akan berusaha melakarkan senyuman diwajahmu supaya dirimu nampak kudus…
Iringan doa-doamu didalam solat menajdikan hidup anakmu sentiasa dipermudahkan..tidak terbalas doa yang kau kirim dengan secalit jasa yang belum tentu aku mampu terbalas…
Terima kasih kerana mendidik aku dan semua anak-anakmu mengenali dunia islam daripada dunia kehidupan..Solat dan Al-quran yang menjadi asas kepada didikan menjadikan diriku faham tujuan hidup..
Sepanjat doa aku kirimkan buat insan istimewa..kasih dan rindu insan yang meluah ini sehingga mengalir jernih-jernih putih tanpa sedar..mata ini seakan merelakan air mata ini keluar merembes laju untuk menangis berterim kasih kepada Allah kerana mengurniakan insan istimewa dan menganugerahkan hati ini dalam diriku…



20111115

Rintihan...

Salam muhasabah buat insan bernama Noranisah binti Ab। Hamid… “Apbila kita diuji dengan sesuatu ujian…ingatlah Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNYa॥” Kata-kata ini cukup untuk menggambarkan betapa Allah sayang dan kasih kepada hambaNYA…“Kau patut marah dia!!!” “Biar je dia hidup sorang-sorang!” “Aku bengang la dengan orang macam dia!!” “Aku tak suka la dia tu!”॥ itulah luahan yang kita rasa patut keluar dari mulut kita apabila marah menguasai diri… Wahai anak ADAM…SABAR… Subhanallah…sedarlah syaitan sedang melompat keriangan dengan gelodak kemarahan kita॥sedangkan malaikat Rakid dan Atid sedang mencatat apa sahaja yang kita lakukan…sanggupkah kita untuk mendengar setiap dosa- dosa yang kita lakukan, dibaca dari setiap lembaran yang ditulis rapi oleh malaikat yang sentiasa menjaga tugasnya sebagai pencatat amalan kita… tidak tertinggal walaupun sesaat…
Saat itu..Mengalir air mata Rasulullah apabila melihat umatnya berduyun-duyun masuk ke NERAKA Allah…
Mampukah kita untuk menafikan apa yang kita lakukan..siapakah yang akan membela diri kita… Ya Allah…Ya Rahman… Ya..Rahim…maafkan aku Ya Allah..aku tak sanggup untuk menjejak kaki ke NERAKAMU..bahangnya cukup membuatkan tubuhku lencur, hancur dan penuh kesakitan… Nauzubillahi min zalik…minta dijauhkan semua tu… “Pesanan ini buat Anis..sedangkan Rasulullah diuji dengan pelbagai ujian…Rasulullah tetap sabar…walau dicaci sehebat manapun dia tetap sabar…”
Tapi kita..diuji dengan secalit ujian, terus hilang dalam kemarahan…dimana kesabaran yang kita simpan selama ini.. “Ya Allah…aku hambamu yang lemah…ampunkan doaku..dosa yang tak tertanggung..betapa beratnya bahu ini memikul memikul dosa-dosa yang aku lakukan…mampukan aku melangkah masuk ke SYURGAMU…Subhanallah…mengalir air mata ini apabila merintih kepadaNYA…

20111114

Keheningan Aidiladha...

Sayup-Sayup Kedengaran Alunan Bacaan Yasin Pada Pagi Hening Aidiladha…Aku Bangun Dalam Ketenangan Untuk Sama-Sama Beribadat Di Pagi Yang Mulia Ini…Alunan Bacaan Yasin Semakin Kedengaran Dan Seakan-Akan Menyampaikan Mesej Kepadaku..Dalam Tak Sedar Aku Berfikir…”Selalunya Bila Ada Kematian, Masjid Akan Mengalunkan Bacaanyyasin?” Hatiku Bermonolog..
Selepas Bangun Dan Menyucikan Diri..Aku Bertanya Kepada Umi Untuk Mendapat Jawapan Yang Tepat..”Umi ! Ada Orang Meninggal Ke?” Umi Mengangguk, Dia Juga Seakan-Akan Tertanya-Tanya Siapakah Yang Baru Meniggal Itu..
Kami Bersiap Untuk Menunaikan Solat Subuh Berjemaah Dimasjid..Seusai Menunaikan Solat Baru Kami Tau..Nenek Kepada Jiran Sebelah Rumah Meninggal Pukul 4 Pagi Tadi..”Innalillahi Wa Innna Ilaihi Rajiun”…Aku Terdiam Seketika…Maha Suci Allah Yang Menjadikan Seseorang Dan Mematikan Seseorang Dengan Izinnya…
Sedikit Air Mata Mengalir Mengiringi Pagi Raya Yang Syahdu..Balik Saja Dari Masjid..Kami Menziarahi Si Mati Dan Mendoakan Agar Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Beriman…Suasana Didalam Rumah Si Mati Sepi..Masing-Masing Redha Dengan Pemergiannya..Kami Masuk Ke Bilik Untuk Membaca Yasin Kepada Si Mati…
Nampak Jelas Diwajah Umi…Kesedihan Yang Bertandang…Mungkin Umi Teringat Kat Arwah Ayoh (Nik Hassan Nik Musa) Moga Roh Ayoh Dicucuri Rahmat…
Walaupun Kemaitian Berlaku Dipagi Raya.. Hari Raya Mulia Mesti Diteruskan..Aku Bersiap Untuk Solat Sunat Hari Raya..Raya Tahun Ni Hanya Ada Aku, Umi Tikah Azma Dan Adnin..Yang Berkahwin Masing-Masing Beraya Dirumah Mertua..
Umi Meminta Kami Mengkhabarkan Kepada Semua Akak-Akan Dan Abang Tentang Kematian Yang Berlaku..Seusai Solat Sunat Hari Raya..Kami Semua Balik..Masing-Masing Sibuk Kerana Kakak Nak Buat Kenduri Sempena Akikah Anaknya Mohd Syafik Aiman..Abe (Nor Azhan) Sampai Dari Kota Bharu..Kekalutan Kami Bersiap..Jam Menunjukkan Pukul 9 Lebih..
Alunan Bacaan Yasin Berkumandang Lagi..Aku Dalam Kehairanan Hanya Diam..Rupan-Rupanya Ada Satu Lagi Kematian Yang Berlaku..Umi Kata Sedara Bau-Bau Bacang…Subhanaalah.. Hanya Dia Yang Berkuasa..Dengan Sepenuh Keikhlasan Aku Sedekahkan Al-Fatihah..
Semasa Mengunjung Si Mati Pada Pagi Tu..Aku Teringat Umi Berkata “Kirim Salam Kat Abah!” Terasa Sebak Hati Ini Bila Teringat Kat Abah..Moga-Moga Abah Bersama-Sama Golongan Orang Beriman..Doa Isteri Dan Anak-Anak Sentiasa Mengiringi Abah..
Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya..Aku Bersyukur Allah Sentiasa Mengingatkan Diriku Tentang Mati..Semoga Aku Sentiasa Menjadikan Hati Ini Milikmu Hanya Untukmu..Tiada Yang Mampu Menghalang Bila Ajalmu Menjemput..
Kepada Semua..Bila Seseorang Hamba Allah Meninggal Tiada Apa Yang Dibawa Melainkan Amal Jariah, Ibadah Dan Doa Anak Soleh…