Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111114

Keheningan Aidiladha...

Sayup-Sayup Kedengaran Alunan Bacaan Yasin Pada Pagi Hening Aidiladha…Aku Bangun Dalam Ketenangan Untuk Sama-Sama Beribadat Di Pagi Yang Mulia Ini…Alunan Bacaan Yasin Semakin Kedengaran Dan Seakan-Akan Menyampaikan Mesej Kepadaku..Dalam Tak Sedar Aku Berfikir…”Selalunya Bila Ada Kematian, Masjid Akan Mengalunkan Bacaanyyasin?” Hatiku Bermonolog..
Selepas Bangun Dan Menyucikan Diri..Aku Bertanya Kepada Umi Untuk Mendapat Jawapan Yang Tepat..”Umi ! Ada Orang Meninggal Ke?” Umi Mengangguk, Dia Juga Seakan-Akan Tertanya-Tanya Siapakah Yang Baru Meniggal Itu..
Kami Bersiap Untuk Menunaikan Solat Subuh Berjemaah Dimasjid..Seusai Menunaikan Solat Baru Kami Tau..Nenek Kepada Jiran Sebelah Rumah Meninggal Pukul 4 Pagi Tadi..”Innalillahi Wa Innna Ilaihi Rajiun”…Aku Terdiam Seketika…Maha Suci Allah Yang Menjadikan Seseorang Dan Mematikan Seseorang Dengan Izinnya…
Sedikit Air Mata Mengalir Mengiringi Pagi Raya Yang Syahdu..Balik Saja Dari Masjid..Kami Menziarahi Si Mati Dan Mendoakan Agar Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Beriman…Suasana Didalam Rumah Si Mati Sepi..Masing-Masing Redha Dengan Pemergiannya..Kami Masuk Ke Bilik Untuk Membaca Yasin Kepada Si Mati…
Nampak Jelas Diwajah Umi…Kesedihan Yang Bertandang…Mungkin Umi Teringat Kat Arwah Ayoh (Nik Hassan Nik Musa) Moga Roh Ayoh Dicucuri Rahmat…
Walaupun Kemaitian Berlaku Dipagi Raya.. Hari Raya Mulia Mesti Diteruskan..Aku Bersiap Untuk Solat Sunat Hari Raya..Raya Tahun Ni Hanya Ada Aku, Umi Tikah Azma Dan Adnin..Yang Berkahwin Masing-Masing Beraya Dirumah Mertua..
Umi Meminta Kami Mengkhabarkan Kepada Semua Akak-Akan Dan Abang Tentang Kematian Yang Berlaku..Seusai Solat Sunat Hari Raya..Kami Semua Balik..Masing-Masing Sibuk Kerana Kakak Nak Buat Kenduri Sempena Akikah Anaknya Mohd Syafik Aiman..Abe (Nor Azhan) Sampai Dari Kota Bharu..Kekalutan Kami Bersiap..Jam Menunjukkan Pukul 9 Lebih..
Alunan Bacaan Yasin Berkumandang Lagi..Aku Dalam Kehairanan Hanya Diam..Rupan-Rupanya Ada Satu Lagi Kematian Yang Berlaku..Umi Kata Sedara Bau-Bau Bacang…Subhanaalah.. Hanya Dia Yang Berkuasa..Dengan Sepenuh Keikhlasan Aku Sedekahkan Al-Fatihah..
Semasa Mengunjung Si Mati Pada Pagi Tu..Aku Teringat Umi Berkata “Kirim Salam Kat Abah!” Terasa Sebak Hati Ini Bila Teringat Kat Abah..Moga-Moga Abah Bersama-Sama Golongan Orang Beriman..Doa Isteri Dan Anak-Anak Sentiasa Mengiringi Abah..
Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya..Aku Bersyukur Allah Sentiasa Mengingatkan Diriku Tentang Mati..Semoga Aku Sentiasa Menjadikan Hati Ini Milikmu Hanya Untukmu..Tiada Yang Mampu Menghalang Bila Ajalmu Menjemput..
Kepada Semua..Bila Seseorang Hamba Allah Meninggal Tiada Apa Yang Dibawa Melainkan Amal Jariah, Ibadah Dan Doa Anak Soleh…

Tiada ulasan: