Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111212

Pesanan...

Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur Alhamdulillah..Allah masih beri kesempatan pada diri ana untuk menikmati hidup sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi ini…selagi nyawa tak terpisah dari jasad…ana akan cuba mengisi kehidupan ana dengan pengisian yang amat berguna…”Insyaallah!”
Syukur juga kepada Allah yang akan memberikan kepada ana seorang lelaki muslim yang taat pada perintah Allah dan berjuang dijalanNYa sekiranya ada…
Semalam sebelum tidur…ana terfikir sesuatu untuk membuat pengisian kepada saudara-saudara seislam ana..lama ana berfikir apa yang patut ana lakukan supaya dakwah ana sentiasa mekar dan tak terkubur layu serendahnya martabat aurat wanita yang diperjuangkan sekarang…
Ana teringat satu kisah yang cukup menjadi tauladan buat diri ana…tentang “cinta dan jiwa?” Adalah satu benda yang sangat berkait rapat…sehebat mana cinta itu datang…jiwa tetap memahami…begitu hebat dunia cinta dimata hamba Allah sekarang..
Sehebat mana seseorang wanita itu, jika diuji dengan cinta? Imannya akan jatuh tunduk pada kemahuan cinta tanpa kita sedar…wanita muslimah yang sejati ialah wanita yang sentiasa menjaga aurat dirinya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (lelaki asing)..menjaga pergaulan untuk tujuan tertentu sahaja (bermaksud…bukanlah seorang wanita itu tidak boleh bercakap atau bergaul dengan lelaki tetapi dengan menjaga batas-batasnya)..
Dan wanita yang sentiasa menjaga aurat suaranya…tetapi…ramai wanita sahabat-sahabatku semua tidak sedar betapa pentingnya aurat suara dari pendengaran lelaki-lelaki ajnabi…terdetik hati ana untuk memberi sedikit pesanan untuk semua sahabat ana dan juga untuk diri ana sendiri yang serba kekurangan..
Sahabat yang ana cintai semua…andai dirimu mengenali seseorang lelaki…kenalilah ia sebagai bakal suamimu nanti…jangan kenalinya kerana kamu suka dengan dirinya…jangan kenalinya kerana kamu suka bercakap dengannya…tetapi kenalinya kerana akhlaknya…kerana percakapannya dan kerana Taatnya dia kepada Perintah Allah…
“Dia” dan “Kamu” bukan tidak boleh untuk berkawan..tetapi ana harap ada batas-batas yang perlu dijaga..jika dia dan dirimu adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah nescaya akan bersatu jua walaupun sejauh manapun kamu berpisah..
Ana sedih dengan kemudahan teknologi sekarang..terutamanya penggunaan telefon bimbit…ana sedikt kesal dihati kerana ana melihat ramai dikalangan kaum wanita, sahabat-sahabat ana menggunakan message dan panggilan untuk berhubung..
“Kami tak berjumpa pun?”
“Kami hanya borak-borak biasa je dalam telefon!”
“Bukannya kami buat maksiat pun”
“Message kami Cuma bertanya khabar saja”
Pelbagai persoalan yang akan timbul apabila perkara ini dipersoalkan..ana tau memang kita tak pernah cuba untuk melakukan perkara yang tidak elok..kerana kita seorang muslimah yang sentiasa menundukkan pandangan…
Tapi…sedarkah kamu semua yang cara pergaulan yang ditunjukkan sekarang adalah salah satu sebab kearah maksiat..
Bercakap dalam telefon sampai tengah-tengah malam..adakah itu tidak memberi ransangan apa-apa kepada pasangan..dengan suara yang lembut dan perlahan…seolah-olah kamu dan dia sudah berkahwin…sedangkan sebaliknya..
Sentiasa message untuk bertanya khabar..seolah-olah kamu seperti ada ikatan..jika tiada khabar darinya seolah-olah dunia ini tiada maknanya dan kamu akan menangisi sepanjang hari…merintih sedih dengan kehilangan cinta manusia…
Subhanallah…hati ana rasa sedih sangat…mengalir air mata ana apabila melihat perkara ini berlaku didepan mata ana…penampilan cukup indah dan cantik..tetapi sikap kenapa tidak secantik penampilannya…dimana Allah sebagai Tuhan yang maha segalaNYa..kenapa tidak meletakkan Allah disisi Cintanya..
Ya Allah..kuatkan hati ana untuk menjadi da’I yang sentiasa menengakkan agama Islam dan kemaslahatannya..wahai wanita-wanita muslimah yang cukup ana cintai..
Seandainya kamu ingin mencintai dan dicintai jadikan Allah sebagai Cinta diantaranya dan semadikan dalam jiwamu sifat cinta Agung Allah..nescaya Allah akan pelihara cintamu…
Simpanlah kata-kata manis pangggilan-panggilan untuk kekasihmu ketika kamu diijabkabul nanti..kerana pada masa itu, kebahagiaan akan lebih suci dengan ikatan yang sah..

20111206

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga



sifat2 wanita ahli syurga:Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?Sebuah hadis Nabi menyatakan:Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai।" (Hadis Riwayat Ahmad)Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya."Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.**jangan sedih dan gusar duhai hati॥tenanglah wahai hati..dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang..tinggalkan semuanya..**



indahnya hidup bersyariat...






Indahnya hidup jika kita saling ingat mengingati dan berpesan-pesan untuk kebaikan…hari ni 4 Disember 2011 bersamaan 8 Muharram 1433 Hijrah…masih ada dua hari umat Islam untuk berpuasa sunat yang sentiasa menjadi amalan Rasulullah dan para sahabatnya…
Amalan-Amalan Di Bulan Muharam..
1. Puasa dari hari pertama hingga ke 9 Muharram
2. Puasa hari ke sepuluh dan sunat makan bubur asyura
3. Perbanyakkan ibadah
4. Bersedekah
5. Membaca “Hasbunallahu nikmal wakil nikmal maula wanikmal nasir” sekurang-kurangnya 70 kali dalam 10 muharram dan banyak lagi amalan-amalan yang patut dilakukan..
Pembacaanku dalam sebuah buku “Indahnya Hidup Bersyariat” hasil penulisan Doktor Ismail Kamus dan Azlan Azlen Ab .Hamid…
Insyaallah akan ana amalkan setakat yang terbaik…pesanan untuk diri ana dan sahabat seislam ana…
Hari ni ada program berkhatan beramai-ramai di masjid..ana hanya sempat berbuka puasa dengan air sahaja..Subhanaallah..ana cukup gembira melihat adik-adik yang suci dari fitrah ini mensucikan diri mereka dengan melakukan “khatan” sunnah Rasulullah..
Selesai sahaja majlis berkhatan..badan ana sangat-sangat penat..tapi disebabkan pelawaan ust menjemput ana untuk ke majlis kenduri berkhatan, ana gagah juga..cadangan ana nak makan dirumah saja..makanan ana dah simpan sikit tadi…
Sebaik saja pulang badan ana penat ditambah dengan kenyang..rasa ngantuk menguasai diri…
“Ya Allah! ana belum solat isyak lagi!” hati ana berbisik…
Beberapa ketika kemudian ringtone message berbunyi…ana mendapat pesanan daripada umi “Anis jangan lupa kejut sahur nanti!” tersenyum ana apabila membaca message daripada bonda tersayang..”insyaallah” jawab ana ringkas.
Rasa kebimbangan ada dalam diri ana..sebabkan ana penat sangat. “Nanti kalu ana tak sedar macam mana?” hati berbisik lagi..segera ana menghantar message buat adik ana “Slm..ma gerok kak sahur mlm ni…hr ni pnt sgt ada program..gerak sapa kak sedar…pkul 4.30”
Hati ana sedikit lega..indahnya jika kita sama-sama berpesan untuk kebaikan…nescaya Allah akan sentiasa merahmati..Selepas saja tukar pakaian, ana terus tidur..
Rupa-rupanya dalam tidur Allah juga sentiasa mengejutkan kita..ana sedar jam pukul 1 pagi..terus ana tidur semula ana sedar jam pukul 2.45 pagi anis tidur lagi…bila anak sedar pukul 4 pagi ana terus bangun..ana takut isyarat Allah akan berhenti jika ana tak endahkannya..
Mungkin juga ana kerisauan sebab janji untuk mengejutkan bonda ana..ana kejutkan bonda ana dan adik ana juga turut kejutkan ana Subhanallah..cantiknya hidup bersyariat.. ana melangkah terus untku solat isyak dan solat-solat sunat bagi mengisi masa yang masih ada..tepat jam 5 pagi..ana bersahur..
Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada ana untuk menikmati sahur…banyak yang dapat ana muhasabah dalam diri ana untuk kisah ini…jika kita ingin melakukan kebaikan ajaklah saudara-saudara seislam kita..biar pun mereka mahu atau tidak..kerana itulah peranan ad dai’ yang sebenarnya..
Dai’ Hujjatul Islam….