Bismillahirrahmanirrahim..Syukur Alhamdulillah..Allah masih beri kesempatan pada diri ana untuk menikmati hidup sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi ini…selagi nyawa tak terpisah dari jasad…ana akan cuba mengisi kehidupan ana dengan pengisian yang amat berguna…”Insyaallah!”
Syukur juga kepada Allah yang akan memberikan kepada ana seorang lelaki muslim yang taat pada perintah Allah dan berjuang dijalanNYa sekiranya ada…
Semalam sebelum tidur…ana terfikir sesuatu untuk membuat pengisian kepada saudara-saudara seislam ana..lama ana berfikir apa yang patut ana lakukan supaya dakwah ana sentiasa mekar dan tak terkubur layu serendahnya martabat aurat wanita yang diperjuangkan sekarang…
Ana teringat satu kisah yang cukup menjadi tauladan buat diri ana…tentang “cinta dan jiwa?” Adalah satu benda yang sangat berkait rapat…sehebat mana cinta itu datang…jiwa tetap memahami…begitu hebat dunia cinta dimata hamba Allah sekarang..
Sehebat mana seseorang wanita itu, jika diuji dengan cinta? Imannya akan jatuh tunduk pada kemahuan cinta tanpa kita sedar…wanita muslimah yang sejati ialah wanita yang sentiasa menjaga aurat dirinya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (lelaki asing)..menjaga pergaulan untuk tujuan tertentu sahaja (bermaksud…bukanlah seorang wanita itu tidak boleh bercakap atau bergaul dengan lelaki tetapi dengan menjaga batas-batasnya)..
Dan wanita yang sentiasa menjaga aurat suaranya…tetapi…ramai wanita sahabat-sahabatku semua tidak sedar betapa pentingnya aurat suara dari pendengaran lelaki-lelaki ajnabi…terdetik hati ana untuk memberi sedikit pesanan untuk semua sahabat ana dan juga untuk diri ana sendiri yang serba kekurangan..
Sahabat yang ana cintai semua…andai dirimu mengenali seseorang lelaki…kenalilah ia sebagai bakal suamimu nanti…jangan kenalinya kerana kamu suka dengan dirinya…jangan kenalinya kerana kamu suka bercakap dengannya…tetapi kenalinya kerana akhlaknya…kerana percakapannya dan kerana Taatnya dia kepada Perintah Allah…
“Dia” dan “Kamu” bukan tidak boleh untuk berkawan..tetapi ana harap ada batas-batas yang perlu dijaga..jika dia dan dirimu adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah nescaya akan bersatu jua walaupun sejauh manapun kamu berpisah..
Ana sedih dengan kemudahan teknologi sekarang..terutamanya penggunaan telefon bimbit…ana sedikt kesal dihati kerana ana melihat ramai dikalangan kaum wanita, sahabat-sahabat ana menggunakan message dan panggilan untuk berhubung..
“Kami tak berjumpa pun?”
“Kami hanya borak-borak biasa je dalam telefon!”
“Bukannya kami buat maksiat pun”
“Message kami Cuma bertanya khabar saja”
Pelbagai persoalan yang akan timbul apabila perkara ini dipersoalkan..ana tau memang kita tak pernah cuba untuk melakukan perkara yang tidak elok..kerana kita seorang muslimah yang sentiasa menundukkan pandangan…
Tapi…sedarkah kamu semua yang cara pergaulan yang ditunjukkan sekarang adalah salah satu sebab kearah maksiat..
Bercakap dalam telefon sampai tengah-tengah malam..adakah itu tidak memberi ransangan apa-apa kepada pasangan..dengan suara yang lembut dan perlahan…seolah-olah kamu dan dia sudah berkahwin…sedangkan sebaliknya..
Sentiasa message untuk bertanya khabar..seolah-olah kamu seperti ada ikatan..jika tiada khabar darinya seolah-olah dunia ini tiada maknanya dan kamu akan menangisi sepanjang hari…merintih sedih dengan kehilangan cinta manusia…
Subhanallah…hati ana rasa sedih sangat…mengalir air mata ana apabila melihat perkara ini berlaku didepan mata ana…penampilan cukup indah dan cantik..tetapi sikap kenapa tidak secantik penampilannya…dimana Allah sebagai Tuhan yang maha segalaNYa..kenapa tidak meletakkan Allah disisi Cintanya..
Ya Allah..kuatkan hati ana untuk menjadi da’I yang sentiasa menengakkan agama Islam dan kemaslahatannya..wahai wanita-wanita muslimah yang cukup ana cintai..
Seandainya kamu ingin mencintai dan dicintai jadikan Allah sebagai Cinta diantaranya dan semadikan dalam jiwamu sifat cinta Agung Allah..nescaya Allah akan pelihara cintamu…
Simpanlah kata-kata manis pangggilan-panggilan untuk kekasihmu ketika kamu diijabkabul nanti..kerana pada masa itu, kebahagiaan akan lebih suci dengan ikatan yang sah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan