Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20120117

Hatiku...

Putaran masa berlalu begitu cepat..tanpa kita sedar tanpa kita minta, masa kita semakin pendek untuk menghambakan diri kepadaNya..
Subhanallah… Tahun ini, genap umur ana 26 tahun…sebagai seorang Khalifah Allah…apa yang ana telah perjuangkan dimuka bumi ini..terasa kerdil bila memikirkan 25 tahun yang lalu…lantas ana tunduk untuk bertafakur seketika..bermuhasabah pada diri ana sendiri, mudah-mudahan Allah memberi ana peluang untuk terus bertapak dimuka bumi Allah…
Sudah ramai yang bertanya kepada ana…bila nak berkahwin? Ana tahu, bila umur sedewasa ana, selalunya sudah mula memikirkan soal perkahwinan..malah ada ramai diantara kawan-kawan ana yang sudah mengdahului alam perkahwinan sebelum tamat pengajian dan sebagainya…
Seketika ana berfikir…macam mana ana mahu menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan…sedetik juga ana berfikir..siapakah lelaki yang bakal menjadi suami ana nanti…
Lama ana berfikir…keluarga ana juga mula bertanya..dalam hati ana tiada mana-mana lelaki yang ana terpaut..semua yang ana kenal adalah kawan… Kadang-kadang ana berfikir! Adakah ana perlu memilih lelaki-lelaki yang ana anggap kawan ini untuk menjadi bakal suami ana..ana tahu ramai diantara lelaki-lelaki yang ana kenal..ada yang suka dengan ana..dan ada yang ingin mengambil ana sebagai isteri…
Tapi…ana inginkan seorang suami yang bakal mendidik ana ke Jalan Allah…itu matlamat ana… Ana tidak mengatakan lelaki-lelaki yang ana kenal semuanya jahat…tidaaakkk! Mereka semua adalah hamba yang sangat bersyukur kepada Allah.. Lama ana berfikir..ana bermohon munajat pada Allah, semoga ana dipertemukan dengan pemuda pejuang Allah…lantas ana mendapat cetusan idea…
Ana fikir idea ini bagus dan mudah-mudahan ana akan beroleh Rahmat dari Allah… Kebetulan ana mengenali seorang ustaz yang sering ana bantu dalam beberapa program..melalui orang tengah, iaitu kawan perempuan ana sendiri..ana meminta sampaikan hajat ana kepada ustaz untuk mencari seorang calon suami yang sesuai buat ana…
Lega hati ana apabila ana apabila memberi kepercayaan kepada seorang ustaz..mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ana… Selebihnya ana hanya bermohon dan meminta pertolongan Allah semoga dipermudahkan segala urusan hambanya…
Insya’Allah…sekiranya DIA adalah bakal suami ana, ana akan terima seikhlas hati…apa yang penting dihati ana apabila keluarga ana setuju, terutama sekali untuk bonda ana..ana akan sedaya upaya cuba untuk mendapatkan seorang menantu yang baik untuk bonda tersayang. Itu antara tujuan kenapa ana lebih rela berkahwin dengan pemuda yang ana tidak kenali…
Mudah-mudahan, rancangan yang ana aturkan direstui Allah dan Allah memberi hidayah diatas apa yang ana usahakan… Selebihnya ana berusaha untuk menambah Keimanan dan Ketaqwaan ana kepada Allah..tiada guna ana memiliki Cinta Manusia jika ana gagal untuk memiliki Cinta Allah Rabbul Izzati…
Syukur juga kepada Allah, kerana hati ana sedikit tenang dan ana tidak rasa gelisah walaupun ana belum mendapat cinta manusia..kerana ana tahu..Allah yang memberi cinta dan Allah juga mampu menarik cinta hambanya… Lakaran ini ana luahkan buat diri ana dan sahabat-sahabat ana diluar sana..semoga hidup kita sentiada dibawah perlindungan Allah sentiasa dan sebagai hambanya janganlah kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi ini… Sekilas pandang pada seseorang kita sebagai hamba yang daif tidak akan mengetahui segalanya melainkan melihat pada luarannya sahaja (kecantikannya)..tetapi jika kita melihat seseorang dengan pandangan sebagai saudara muslim ..Insya’ Allah kita akan sentiasa dilindungi Allah dengan kekuasaanNYa.. Hujjatul Islam….

2 ulasan:

Annyss - Ruhilwaqie berkata...

insyaallah

Annyss - Ruhilwaqie berkata...

Syabas buat semua pendakwah-pendakwah diluar sana..