Angin petang bertiup lembut…teringat ana pada zaman belajar dulu…waktu-waktu petang sebegini ana dan sahabat-sahabat ana bersiar-siar untuk melepaskan kepenatan dan menenangkan jiwa dengan melihat keindahan tasik serta pokok-pokok yang senantiasa berzikir memuji penciptaNya…melihat kelibat mahasiswa dan mahasiswi yang sedang bersenam..ada juga yang turut bersiar-siar seperti ana…semua ada datang ada niat yang tersendiri…
Tersenyum ana apabila melihat pasangan orang arab bersama seorang anak yang masih kecil…sungguh ralit ana melihat anak kecil itu bermain-main dengan ibu dan ayahnya…Ya Allah indahnya apabila hidup berdasarkan syariatMU…
Pandanganku jatuh pada beberapa pasangan yang sedang duduk-duduk berhampiran dengan ana dan sahabat-sahabat ana…dalam hati ana bersangka baik (husnu’ zan) mereka berdua dah berkahwin kot!...
Ya Allah!!!..ana terkejut apabila sahabat ana tepuk belakang ana…
“Berangan ye? Ingat siapa tu?” sahabat ana mengusik..ana tersenyum..”ada la..mana boleh bagitahu”..ana kembali ke dunia hari ini..masih ditempat yang sama…tetapi ana tidak lagi berada pada zaman belajar…hidup ana semakin jauh kehadapan..sedangkan ana rasa diri ana semakin ke belakang…mungkin Allah sedang menguji hambaNYa…
Diwajah ana masih lagi terlekat sisa-sisa senyum sebentar tadi…sahabat ana hanya menggeleng kepada melihat gelagat ana…dihadapan ana sekarang suasana agak muram..tasiknya tidak secantik tasik pada suatu ketika dulu..tapi masih lagi menjadi penghuni mahasiswa dan mahasiswi…hati ana berbisik sendirian “tempat yang sama, suasana berbeza, apakah ini petandanya?”
Ana melihat kelibat beberapa pasangan berjalan dengan begitu mesra sekali..tanggapan ana tetap bersahaja..mungkin mereka sudah berkahwin…ana terdengar sahabat ana berkata..”ish..ish..zaman sekarang ni (couple) tu benda biasa kan?
Ana berpaling dan tersenyum…mungkin ada benar apa yang diperkatakan oleh sahabat ana pada saat itu, ana sebenarnya agak setuju..ana Cuma takut untuk berkata demikian…ana teringat pesanan ustaz ana pada zaman persekolahan dulu “kita tidak boleh menuduh sseorang tanpa bukti yang kukuh..yang penting kita doakan yang terbaik buat insan itu, jika kita menjadi orang yang suka menghukum orang, itu tidak dikira dakwah malah Allah akan membalas balik dengan meletakkan kita pada tempat itu…”Nauzubillahi min za lik..ana beristigfar panjang…
Mudah-mudahan ana tidak tergolong dalam golongan manusia yang suma menjadi penghukum kepada manusia yang lain. Ana hanya ingin berdakwah untuk hati-hati yang lalai, hati-hati yang mati dengan nikmat Iman dan Islam supaya mereka tersedar untuk mencari Nikmat Islam yang sebenarnya..
Muhasabah ana untuk seketika, ana seorang yang sangat lemah..ilmu ana terlalu cetek..pembacaan ana tentang agama terlalu sedikit dan ana bukan insan yang berani untuk bercakap dikhalayak ramai seperti pendakwah-pendakwah yang sentiasa melebarkan sayapnya…ana tertunduk sedih…
Dalam kesedihan..ana teringat kata-kata bekas Exco Kerohanian Kolej dulu tentang dakwah “Jika kita rasa kita lemah..sampai bila-bila kita tidak akan mampu untuk berdakwah, jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi? Atau kita nak tunggu islam jatuh tersungkur baru kita nak berjuang?” tegas suaranya menyatakan amanat kepada semua untuk sentiasa menjadi pendakwah, tidak kira pada sesiapa sahaja..hati ana berbunga kembali…ana harapan dalam sinar kehidupan ana..
Alhamdulillah..bermulanya ana dengan rakan sebilik, terus kepada jiran-jiran ana..sahabat-sahabat sekelas ana…semakin ana melangkah ke hadapan..semakin banyak pembacaan yang ana sematkan..semakin banyak yang ana baca, semakin banyak persolan-persolan yang ditimbulkan..alhamdulillah..ana berkawan dengan beberapa ustaz yang mampu menjadi tempat rujukan ana sekiranya berlaku kekeliruan dalam dakwah ana..
Allah sentiasa membantu hambanya yang berjalan untuk menegakkan agamaNya..
Alhamdulillah…jika hidup dalam syariat Allah…jiwa akan sentiasa tenang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan