Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20120810

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Jum, 09 Sep 2011 10:07 | nurjeehan | itqan11
Print
alt
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
- Artikel iluvislam.com

20120808

Berkat Dari Allah

Assalamualaikum buat semua sahabat ana, khasnya untuk adik dan saudara mara ana kerana kita diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa dengan baik dan ana amat berharap datangnya Ramadhan kali ini penuh barakah dan InsyaAllah semoga Allah turut merahmati seluruh keluarga dan umat Islam didunia ini. Amin..

Beberapa lama ana tidak menyuntik dakwah dalam diri ana kerana beberapa sebab dan musabab yang tidak mengizinkan tapi hati ana sentiasa berkobar-kobar untuk meluahkan dakwah kepada antum semua agar kita sama-sama saling ingat mengingati..

Alhamdulillah, Allah telah memeberi nikmat cinta untuk ana supaya lebih mencintai ILMU, jika dulu ana kurang mengambil berat perihal ilmu, mungkin ana tidak bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu, tapi sekarang ana ingin berjuang dengan ilmu sehingga sampai nafas terakhir..

Ana terlalu takut jika suatu hari nanti, apabila disoal oleh Allah ana tiada hujah untuk menyatakan kenapa ana tidak menuntut ilmu, sedangkan pada asa kini ilmu sentiasa ada dimata kita, sama ada kita nak belajar atau sebaliknya..

Sesungguhnya ilmu itu boleh mebuatkan kita sentiasa yakin dengan apa yang kita lakukan kerana Allah sangat cinta orang yang suka kepada ilmu, sebelum ana mendambakan CINTAKAN ALLAH ana mesti mendalami ilmu secukupnya..

Jiwa ana semakin berisi dengan ketenangan apabila banyak membaca buku berkenaan ilmu dunia dan ilmu akhirat, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas, sehingga ana merasakan dalam diri ana hanya ada sedikit ilmu didalam dada, sebaliknya diri ini penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan..

Ana berazam mulai saat ini ana akan menjadikan pusat ilmu perang ana untuk menegakkan syiar Islam supaya empayar Agama Islam semakin berkembang dan terus berkembang. InsyaAllah semoga Allah sentiasa Meredhai apa yang ana lakukan untuk mencari ilmu serta menyebarkan ilmu kepada umat-Nya.

Teringat ana kata-kata dari ustaz semasa ceramah terawih beberapa minggu yang lalu, "setiap perkara yang kita nak lakukan mesti dengan ilmu, mana lagi penting antara makan dengan ilmu, kalu ikut logik makan lagi penting sebab macam mana kita nak hidup tanpa makan, tapi Hujjatul Islam ada menyatakan ilmu lagi penting kerana tanpa ilmu kita tidak mampu makan.

Betul kan? sebab apa-apa perkara yang kita ingin lakukan mesti ada ilmu..tanpa ilmu macam mana kita nak melakukan sesuatu perkara..seperti mana kita dibesarkan mesti ada yang akan bantu kita untuk teruskan kehidupan, kita tidak mampu bertatih seorang diri..

Lama ana berfikir dan ana merasanakan JATUH CINTA untuk mendalami ilmu..

Ana harap kita semua dapat berfikir apa yang ana cuba sampaikan semoga kita semua diberkati Allah, InsyaAllah =)

20120520

Ukhuwah Berpanjangan..

Alhamdulillah! Allah memberi peluang kepada ana berjumpa dengan sahabat ana (Noratiqah Sulaiman)..sudah hampir dua tahun kami tidak berjumpa..semalam ana berasa cukup seronok bila dapat berjumpa.. terimbau kenangan lama semasa sama-sama melangkah kaki ke alam Universiti Utara Malaysia..

Semua belum kenal satu sama lain...lalu..tercipta satu perkenalan semasa zaman orientasi..cukup indah sekali aturan Allah terhadap hambanya..sama-sama senang dan susah..sama-sama belajar dan bergelak ketawa..sama-sama terhibur antara satu sama lain..semoga Allah merestui apa yang kami lakukan..

Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan..pasti!!! nak atau tak kita kena hadapi suatu hari nanti..sayang mana sekalipun kita akhirnya akan berpisah...jadi sebelum perpisahan berlaku..ciptalah kenangan-kenangan indah supaya ia sentiasa bermain didalam minda kita dan menjadi satu memori yang tidak dapat diulang dan dilupakan..

Teman-teman seperjuangan ana semua..terima kasih diatas segalanya..sokongan dan persahabatan kita semua tidak berakhir disini..InsyaAllah jika diizinkan Allah kita akan berjumpa didunia yang kekal abadi..

Salam Sayang Buat Sahabatku =)

20120519

Muslimah..

"Ketika seorang sahabat bertanya Rasulullah S.A.W "Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?", Jawabnya, "Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah S.W.T, apabila kamu dengar percakapannya pengetahuan kamu tentang agama bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kepada kehidupan akhirat."

Kata-kata ini cukup bermakna bagi sesiapa yang faham akan maksudknya..kata-kata ini juga pernah diberikan kepada ana...walaupun ana tahu diri ana masih lagi belum layak untuk menjadi seorang sahabat seperti diatas..namun kata-kata ini cukup bermakna bagi ana dan sentiasa ana jadikan panduan untuk kearah yang lebih baik..

Wahai wanita muslimahku...kuhulurkan selangkah kaki menuju kepadamu agar kita sama-sama berjuang untuk menegakkan apa yang telah disyariatkan dalam ISLAM...tutuplah auratku wahai muslimahku agar dirimu nampak lebih INDAH dimata Allah..bukan dimata manusia...

Wahai muslimahku...menutup aurat itu bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana ia adalah benteng kepada fitnah dan doa..juaga benteng kepada berlakunya maksiat..ana menasihati diri ana sendiri kerana diri ana masih lagi banyak kekurangan...

Ana menyimpulkan beberapa syarat untuk kita sentiasa ingat mengingati batas aurat kita pada pandangan umum...

Berpakaian mestilah longgar..warna tidak terlalu terang dan tidak terlalu labuh...Sesungguhnya ada hadis mengatakan tidak elok bagi wanita itu yang melabuhkan pakainnya sehingga mencecah tanah..
tutupilah kepalamu sehingga keparas dada kerana disitu terdapat banyka fitnah dan maksiat..tutuplah pakaianmu sehingga ke pergelangan tangan dan pakailah apa-apa pun untuk menutup kedua kakimu yang cantik itu..

Carilah pakaian yang sedikit tebal supaya tidak jarang dan menampakkan tubuh badanmu serta tidak membentuk tubuh apabila ditiup angin..

Senang sangat untuk menjadi wanita muslimah..kalu nak pakai seluar..pakai lah! asalkan seluar tu sedikit longgar dan tidak menampakkan tubuh..kalau nak pakai tudung berfesyen pakai la! asalakan menutup semua dari kepala hingga ke dada..

Senangkan nak jadi wanita solehah..cukup dengan menjaga semuanya dan menundukkan pandangan serta perlahankan suara ketika bercakap..

Macam mana muslimahku...Jom kita cuba!

Pesanan ini ana tujukan terutama sekali buat diri ana yang masih terumbang ambing dalam mencari sinar Ilahi..buat adik beradik ana..kakak dan adik-adik perempuan ana..serta bonda ana tercinta...saudara-saudara ana dan muslimah-muslimah yang ana CINTAI semua..

Formula Cinta Allah:

Pakaian menutup aurat + tunduk pandangan (sopan) + Ibadat yang Khusyuk = Syurga Firdaus..

Selamat beramal :-)



Ketulusan Hati

"Ya Allah...Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang...maafkan hamba-Mu yang dhaif ini..dalam kesibukan dunia aku terleka untuk bermujahadah pada-MU..aku sunguh-sunguh menyesal Ya Allah..ampunkan dosa hamba-Mu ini Ya Allah"

"Kenapa ana terasa diri ini seperti hambar walaupun tiap-tiap hari ana buat perkara yang sama, bekerja dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan..seperti ada sesuatu yang hilang...kadang-kadang ana merasakan tiada apa yang menarik dalam kehidupan yang ana lalui setiap hari..apakah yang membelenggu diri ana sekarang?" suara hati ana bermonolog sendiri...seakan cuba mencari punca kepada semua ini...

Selama hampir seminggu ana merasakan perkara yang sama...sehinggalah pada suatu malam...Rembesan air mata laju membasahi pipi ana pada suatu malam...seusai ana melakukan solat maghrib ana terasa sayu yang teramat sangat...jiwa ana terasa kosong seakan diri ini terlalu jauh dari Rahmat Allah...hati ana betul-betul tersentuh ketika ana melafazkan "Zikir Syurga Firdaus"...semakin lama bibir ana berzikir semakin laju air mata keluar..seolah-olah ana diberi isyarat oleh Allah untuk ana muhasabah diri ana semula...

Isyarat Allah sememangnya tepat pada masanya...waktu itu hati ana terasa kosong seketika...mungkin kerana ana terlalu sibuk memikirkan hal duniawi sehingga ana memendekkan masa untuk simpanan akhirat...sehebat mana pun kita jika tidak disirami dengan makanan Rohani pasti akan lemah terkulai seolah-olah diri kita tidak mempunyai tenaga yang cukup...

Begitulah kekuatan yang telah Allah aturkan antara makanan Rohani dan Jasmani mestilah seimbang diantara kedua-duanya untuk mendapat stamina yang kuat dalam diri kita...ana membuka Al-quran dan membaca Surah Taubat untuk memberi peringatan kepada diri ana sebelum terlambat...

Maha Suci Allah yang telah memberi Petunjuk kepada ana...Alhamdulillah jiwa ana semakin terisi dan ana merasakan kehidupan ini seperti ana sinar yang menunggu dihadapan walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar...ana luangkan lebih masa bermunajat kepada Allah...itulah kunci rahsia untuk kita terus bertenaga dalam kehidupan dan mencari makna yang sebenar..

Sekian..
 















20120428

Ketenangan Dari Allah

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Maghfirah dan Rahmah ana dahulukan buat Cinta Agung ana Allah Rabbul Izzati...semoga Allah sentiasa melindungi hati ana dan hati-hati insan yang bergelar muslim agar kita sama-sama mendidik diri untuk bersabar cabaran Duniawi..InsyaAllah.

Teringat ana akan ungkapan-ungkapan yang dibina untuk wanita muslimah yang sentiasa menjaga diri dan hatinya agar sentiasa bersih dari segala perkara yang sia-sia.."JAGA DIRI" yang ana maksudkan ini besar maknanya..

Coretan ini ana titipkan untuk diri ana yang terlalu jauh dari Cinta Allah dan RAsul..moga-moga ana dapat meraih Cinta ini..Cinta yang terlalu kudus ini sangat sukar dimiliki..Rabiatul Adawiyah antara Insan yang mengabdikan diri dengan Cinta Allah sehingga dirinya Rela dicampak didalam api neraka dan dibuang dari neraka...

SubhanaAllah...
Adakah ana mampu untuk menyusur seperti itu..dengan sepenuh kekuatan ayuh sahabatku kita sama-sama beriltizam sepertimana Kasih Dan Cinta yang Rabiatul Adawiyah terhadap Allah Rabbul Jalil.."JAGA DIRI" terlalu senang untuk diungkap tapi belum tentu lagi kita berjaya menggalasnya..

Berat mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikul..ungkapan itu bukan sekadar menjaga luaran tapi HATI yang sentiasa menjadi RAJA kepada diri kita yang bergelar INSAN...ana berharap sahabat-sahabatku kita sama-sama menjadi Da'i yang sentiasa berjuang walaupun diri ini seperti dihina dan disingkirkan oleh masyarakat..Namun semangat untuk menegakkan Agama Allah sentiasa membakar dalam diri..

Ana cukup berpesan kepada diri ana..jangan terlalu leka dengan perkara duniawi sehingga kadang-kadang kita terlepas pandang dunia akhirat yang akan kekal abadi..sebak hati ini terasa cukup didalam dada..ana merasakan diri ini sangat kotor dan hina disisi Allah..Perkemaskan diri kita seboleh-bolehnya dengan sentiasa menjaga SOLAT dan perkara-perkara WAJIB serta sentiasa mendalami ilmu FARDU AIN bagi memperkukuhkan benteng diri...

"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minalzholimin"..sama-samalah kita meminta supaya Allah mengampuni segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dan semoga Allah sentiasa memelihara kita dari melakukan segala kemurkaanNya..Jangan sesekali kita berniat untuk MURKA kepada Allah...sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...

Minta dan mintalah hanya kepada Allah..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa diatas segalanya..tiada tempat yang paling indah selain mengabdikan diri kepadaNYa..alunkan alunan Al-Quran sedalam-dalamnya kerana Hati kita akan dilindungi dengan ketenangan yang datang dari Allah...

Ketenangan yang datang dari Allah adalah ketenangan yang hakiki..ia adalah hidayah yang sukar didapati..jika kita sebagai Hambanya mensia-siakan anugerah yang Allah berikan..Nescaya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak bersyukur..

Ya Allah..ana tidak mahu menjadi hamba yang tidak bersykukur..hamba bersyukur Ya Allah diatas apa yang telah Engkau berikan padaku hari ini..sesungguhnya Aku adalah hambaMu yang Bertuah...Amin..mudah-mudahan Allah akan memaqbulakn permintaanku...

Kesyahduan ana yang mendambakan Ketengan dari Allah terasa cukup Nikmat apabila Allah menghantar sedikit ketenangan hati ana dari mengingati perkara yang sia-sia..InsyaAllah..ana akan sentiasa berusaha untuk mendambakan diri ini dengan penuh pengharapan hanya kepadaNYa..

Lakaran yang terluah dari hati ana ini cukup terasa...seolah-olah ana mendapat kekuatan untuk terus melangkah dengan penuh yakin bagi meraih Cinta Allah..Kesempurnaan diri apabila kita berjaya menjaga diri dari Rohani dan Jasmani...ana yakin Allah akan memberi ketengan HATI dan NIKMAT CINTA ALLAH sehingga kita akan menjadi salah seorang yang mengabdikan diri hanya kepadNya..

Syukran kepada sahabat ana kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama bermuhasabah..semoga kita sama-sama mendapat keberkatan..Amin..

20120305

Sajak cinta untuk Allah...

Salam Cinta buat sahabat seperjuangan ana…ana cukup tertarik dengan sajak ini, salam ingatan semoga bertambah keimanan kita kepada Allah pemilik CINTA AGUNG…


Sekujur mutiara tasbih tersadai indah,

Tersisip pula dengan rantaian kalimah,

Laaila ha illallah, Muhammadurrasulullah,

Tersergam berjuntai bergandingan sudah,

Subhanallah, Maha Suci Allah.


Namun, di sebalik kemurnian yang nyata,

Terpalit kebenaran secara batinnya,

Jika kemuliaan itu hanya perhiasan semata,

Yang tiada amalan bersisa,

MasyaAllah…


Tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku,

Tasbih dan kalimah diam membisu,

Kemungkaran terus menundukkan nafsu,

Dek terasa tiada siapa yang tahu।Astargfirullahal ‘Azim.


Begitulah insan,Bila hati tak takutkan Tuhan,

Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan,

Kerana kasih sayang dan ihsan॥


DIA terus menunjukkan jalan,

Tika rantai tasbih berguguran,

Barulah hati merasakan,

Betapa hebatnya kuasa Tuhan,

Yang menciptakan॥


Hanya sekujur mutiara tasbih tersadai indah,

Yang menjadi sandaran dan wasilah,

Untuk menyedarkan insan yang tersilap langkah,

Daripada terjerat ke kancah yang salah,

Alhamdulillah,

segala puji bagi Allah॥


Kini hamba menyedari,

Betapa kerdilnya diri,

Seluruh alam DIA yang menguasai,

Tuhanku,

hamba berserah kepada-Mu Ilahi।