Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20120808

Berkat Dari Allah

Assalamualaikum buat semua sahabat ana, khasnya untuk adik dan saudara mara ana kerana kita diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa dengan baik dan ana amat berharap datangnya Ramadhan kali ini penuh barakah dan InsyaAllah semoga Allah turut merahmati seluruh keluarga dan umat Islam didunia ini. Amin..

Beberapa lama ana tidak menyuntik dakwah dalam diri ana kerana beberapa sebab dan musabab yang tidak mengizinkan tapi hati ana sentiasa berkobar-kobar untuk meluahkan dakwah kepada antum semua agar kita sama-sama saling ingat mengingati..

Alhamdulillah, Allah telah memeberi nikmat cinta untuk ana supaya lebih mencintai ILMU, jika dulu ana kurang mengambil berat perihal ilmu, mungkin ana tidak bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu, tapi sekarang ana ingin berjuang dengan ilmu sehingga sampai nafas terakhir..

Ana terlalu takut jika suatu hari nanti, apabila disoal oleh Allah ana tiada hujah untuk menyatakan kenapa ana tidak menuntut ilmu, sedangkan pada asa kini ilmu sentiasa ada dimata kita, sama ada kita nak belajar atau sebaliknya..

Sesungguhnya ilmu itu boleh mebuatkan kita sentiasa yakin dengan apa yang kita lakukan kerana Allah sangat cinta orang yang suka kepada ilmu, sebelum ana mendambakan CINTAKAN ALLAH ana mesti mendalami ilmu secukupnya..

Jiwa ana semakin berisi dengan ketenangan apabila banyak membaca buku berkenaan ilmu dunia dan ilmu akhirat, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas, sehingga ana merasakan dalam diri ana hanya ada sedikit ilmu didalam dada, sebaliknya diri ini penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan..

Ana berazam mulai saat ini ana akan menjadikan pusat ilmu perang ana untuk menegakkan syiar Islam supaya empayar Agama Islam semakin berkembang dan terus berkembang. InsyaAllah semoga Allah sentiasa Meredhai apa yang ana lakukan untuk mencari ilmu serta menyebarkan ilmu kepada umat-Nya.

Teringat ana kata-kata dari ustaz semasa ceramah terawih beberapa minggu yang lalu, "setiap perkara yang kita nak lakukan mesti dengan ilmu, mana lagi penting antara makan dengan ilmu, kalu ikut logik makan lagi penting sebab macam mana kita nak hidup tanpa makan, tapi Hujjatul Islam ada menyatakan ilmu lagi penting kerana tanpa ilmu kita tidak mampu makan.

Betul kan? sebab apa-apa perkara yang kita ingin lakukan mesti ada ilmu..tanpa ilmu macam mana kita nak melakukan sesuatu perkara..seperti mana kita dibesarkan mesti ada yang akan bantu kita untuk teruskan kehidupan, kita tidak mampu bertatih seorang diri..

Lama ana berfikir dan ana merasanakan JATUH CINTA untuk mendalami ilmu..

Ana harap kita semua dapat berfikir apa yang ana cuba sampaikan semoga kita semua diberkati Allah, InsyaAllah =)

Tiada ulasan: