Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20120305

nikmat...

Salam kudus Cinta buat semua khalifah-khalifah Allah yang bersandarkan Allah S।A.W sebagai tempat bermujahadah, hari ini ana terdetik untuk menyambung kalam pena selepas beberapa bulan ana tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk meluangkan masa meluahkan apa yang ana ingin bicarakan.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hidup ana beberapa minggu yang lalu, ana terlalu rindu untuk mencari kesucian hati dengan melihat ujian yang Allah datangkan adalah nikmat yang sangat besar। Apabila kita diberi peluang berkongsi pandangan atau usrah ia adalah sesuatu yang nikmat sehingga ana rindu untuk merasai nikmat yang Allah kurniakan itu.

Sabahat-sahabat seperjuangan ana, begitu juga dengan ujian yang Allah bagi kepada hamba-hambanya yang terpilih sehingga ana menjadi salah seorang yang dipilih Allah untuk sama-sama menerima manfaat hasil daripada ujian utusan Allah, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah। Beberapa orang sahabat ana telah dipilihan Allah datang kepada ana dan berkongsi rentetan ujian yang Allah berikan untuk mendapatkan pandangan yang baik sekaligus bermusyawarah untuk mengelak berlakunya perkara yang negatif.

Alhamdulillah, ana juga takut seandainya ana tidak dapat menjadi pendengar yang baik dan ana bimbang jika tidak dapat memberi pandangan yang baik untuk menambahkan keimanan kepada Allah। Ujian yang Allah utuskan tidak sama dengan hambanya yang lain, justeru ana turut berfikir betapa hebatnya Allah memberi ujian kepada hambanya mengikut kemampuan hamba-hambanya. Maha Suci Allah sebagai Tuhan yang memiliki segala kekuasaanNya.

Dalam berfikir, ana tersenyum sendirian, walaupun ana berada dalam kelompok hidup yang sederhana namun kehidupan ana seperti menjadi tempat perbincangan, sedangkan ana sememangnya tidak layak untuk memberi pandangan। Apatah lagi kepada orang yang lebih dewasa dari ana. Ini semua aturan Allah, ada sebabnya kenapa sahabat-sahabat ana datang kepada ana.

Maha suci Allah yang mengatur hidup dengan perancangan yang penuh teliti, rentetan daripada pendapat kepada pendapat yang lain berkaitan dengan setiap ujian yang Allah berikan membuatkan ana mendapat pengalaman yang tidak dapat ana rasai betapa Allah memberi kepada ana satu nikmat yang sukar untuk digambarkan।

Nikmat berfikir yang sememangya anugerah Allah yang tidak bernilai, ana lebih yakin untuk bergerak maju ke hadapan। Melangkah dengan penuh keredhaan dan persediaan yang tinggi dari segi mental dan fizikal. Ana sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu perkara dan kesan untuk jangka masa panjang.

Subhanallah, dalam kesyahduan itu, ana turut bersyukur diatas kurniaan Allah yang menjadikan ana hamba yang bertaqwa।

Amin ya Rabbal Alamin…

Tiada ulasan: