Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111206

indahnya hidup bersyariat...






Indahnya hidup jika kita saling ingat mengingati dan berpesan-pesan untuk kebaikan…hari ni 4 Disember 2011 bersamaan 8 Muharram 1433 Hijrah…masih ada dua hari umat Islam untuk berpuasa sunat yang sentiasa menjadi amalan Rasulullah dan para sahabatnya…
Amalan-Amalan Di Bulan Muharam..
1. Puasa dari hari pertama hingga ke 9 Muharram
2. Puasa hari ke sepuluh dan sunat makan bubur asyura
3. Perbanyakkan ibadah
4. Bersedekah
5. Membaca “Hasbunallahu nikmal wakil nikmal maula wanikmal nasir” sekurang-kurangnya 70 kali dalam 10 muharram dan banyak lagi amalan-amalan yang patut dilakukan..
Pembacaanku dalam sebuah buku “Indahnya Hidup Bersyariat” hasil penulisan Doktor Ismail Kamus dan Azlan Azlen Ab .Hamid…
Insyaallah akan ana amalkan setakat yang terbaik…pesanan untuk diri ana dan sahabat seislam ana…
Hari ni ada program berkhatan beramai-ramai di masjid..ana hanya sempat berbuka puasa dengan air sahaja..Subhanaallah..ana cukup gembira melihat adik-adik yang suci dari fitrah ini mensucikan diri mereka dengan melakukan “khatan” sunnah Rasulullah..
Selesai sahaja majlis berkhatan..badan ana sangat-sangat penat..tapi disebabkan pelawaan ust menjemput ana untuk ke majlis kenduri berkhatan, ana gagah juga..cadangan ana nak makan dirumah saja..makanan ana dah simpan sikit tadi…
Sebaik saja pulang badan ana penat ditambah dengan kenyang..rasa ngantuk menguasai diri…
“Ya Allah! ana belum solat isyak lagi!” hati ana berbisik…
Beberapa ketika kemudian ringtone message berbunyi…ana mendapat pesanan daripada umi “Anis jangan lupa kejut sahur nanti!” tersenyum ana apabila membaca message daripada bonda tersayang..”insyaallah” jawab ana ringkas.
Rasa kebimbangan ada dalam diri ana..sebabkan ana penat sangat. “Nanti kalu ana tak sedar macam mana?” hati berbisik lagi..segera ana menghantar message buat adik ana “Slm..ma gerok kak sahur mlm ni…hr ni pnt sgt ada program..gerak sapa kak sedar…pkul 4.30”
Hati ana sedikit lega..indahnya jika kita sama-sama berpesan untuk kebaikan…nescaya Allah akan sentiasa merahmati..Selepas saja tukar pakaian, ana terus tidur..
Rupa-rupanya dalam tidur Allah juga sentiasa mengejutkan kita..ana sedar jam pukul 1 pagi..terus ana tidur semula ana sedar jam pukul 2.45 pagi anis tidur lagi…bila anak sedar pukul 4 pagi ana terus bangun..ana takut isyarat Allah akan berhenti jika ana tak endahkannya..
Mungkin juga ana kerisauan sebab janji untuk mengejutkan bonda ana..ana kejutkan bonda ana dan adik ana juga turut kejutkan ana Subhanallah..cantiknya hidup bersyariat.. ana melangkah terus untku solat isyak dan solat-solat sunat bagi mengisi masa yang masih ada..tepat jam 5 pagi..ana bersahur..
Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada ana untuk menikmati sahur…banyak yang dapat ana muhasabah dalam diri ana untuk kisah ini…jika kita ingin melakukan kebaikan ajaklah saudara-saudara seislam kita..biar pun mereka mahu atau tidak..kerana itulah peranan ad dai’ yang sebenarnya..
Dai’ Hujjatul Islam….

Tiada ulasan: