Salam muhasabah buat insan bernama Noranisah binti Ab। Hamid… “Apbila kita diuji dengan sesuatu ujian…ingatlah Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNYa॥” Kata-kata ini cukup untuk menggambarkan betapa Allah sayang dan kasih kepada hambaNYA…“Kau patut marah dia!!!” “Biar je dia hidup sorang-sorang!” “Aku bengang la dengan orang macam dia!!” “Aku tak suka la dia tu!”॥ itulah luahan yang kita rasa patut keluar dari mulut kita apabila marah menguasai diri… Wahai anak ADAM…SABAR… Subhanallah…sedarlah syaitan sedang melompat keriangan dengan gelodak kemarahan kita॥sedangkan malaikat Rakid dan Atid sedang mencatat apa sahaja yang kita lakukan…sanggupkah kita untuk mendengar setiap dosa- dosa yang kita lakukan, dibaca dari setiap lembaran yang ditulis rapi oleh malaikat yang sentiasa menjaga tugasnya sebagai pencatat amalan kita… tidak tertinggal walaupun sesaat…Saat itu..Mengalir air mata Rasulullah apabila melihat umatnya berduyun-duyun masuk ke NERAKA Allah…
Mampukah kita untuk menafikan apa yang kita lakukan..siapakah yang akan membela diri kita… Ya Allah…Ya Rahman… Ya..Rahim…maafkan aku Ya Allah..aku tak sanggup untuk menjejak kaki ke NERAKAMU..bahangnya cukup membuatkan tubuhku lencur, hancur dan penuh kesakitan… Nauzubillahi min zalik…minta dijauhkan semua tu… “Pesanan ini buat Anis..sedangkan Rasulullah diuji dengan pelbagai ujian…Rasulullah tetap sabar…walau dicaci sehebat manapun dia tetap sabar…”
Tapi kita..diuji dengan secalit ujian, terus hilang dalam kemarahan…dimana kesabaran yang kita simpan selama ini.. “Ya Allah…aku hambamu yang lemah…ampunkan doaku..dosa yang tak tertanggung..betapa beratnya bahu ini memikul memikul dosa-dosa yang aku lakukan…mampukan aku melangkah masuk ke SYURGAMU…Subhanallah…mengalir air mata ini apabila merintih kepadaNYA…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan