Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111117

Insan Istimewa..

Lakaran rindu bertaut kasih buat insan yang sangat istimewa dalam hidupku…kerinduan terhadamu amat berat untuk ku tanggung cinta seorang anak yang menantikan curahan kasih insan bernama UMMI…
Seraut wajah nur kasih terpancar di wajah seorang da’i yang sentiasa menjadikan solat dan al-quran pembimbing hidup…tatkala susah dan senang…
Maha Suci Allah telah mengurniakan insan yang tawadhuk ini buat keluargaku yang tercinta…aku panjatkan kesyukuran kepadaMU pemilik segala kuasa…
Tautan hati seorang anak dan ibu terasa menjalar dalam urat nadi…seakan dapat merasakan perasaan kasih yang mendalam seorang ibu…
Berkali-kali ayat ini meniti di gegendang teliga..”Kasih ibu sangat suci..pengorbanannya sehingga mati..tidak kenal susah untuk menddidik amanah Allah..”
Adakah kita mengambil kata-kata itu sebagai pedoman atau hanya menghiasi mesej-mesej rindu untuk melengkapkan diri dalam seharian…
“Naluri ibu terhadap anak sentiasa mendalam dan tepat!..tapi adakah naluri seorang anak untuk ibu itu ada????” pertanyaan ini sering bermain difikiranku..insan yang tercinta patut disanjung untuk akhir-akhir hayatnya…
“Kasih ibu sehingga mati..kasih anak sampai ke mana?”
Jernih-jernih putih mengalir dipipi tatkala melihat insan-insan ini hidup terbiar, seakan-akan diri sangat hina…berjalan ke sana ke mari dengan kepayahan sebagai warga istimewa…
Ya Allah…
Seraut kesyukuran aku panjatkan kepadaMU kerana member hati ini rasa cinta yang mendalam kudus dan kasih buat insan yang cukup istimewa dalam hidupku..
UMMI..Nik Noriah Nik Hassan..sebagai seorang anak.aku akan berusaha melakarkan senyuman diwajahmu supaya dirimu nampak kudus…
Iringan doa-doamu didalam solat menajdikan hidup anakmu sentiasa dipermudahkan..tidak terbalas doa yang kau kirim dengan secalit jasa yang belum tentu aku mampu terbalas…
Terima kasih kerana mendidik aku dan semua anak-anakmu mengenali dunia islam daripada dunia kehidupan..Solat dan Al-quran yang menjadi asas kepada didikan menjadikan diriku faham tujuan hidup..
Sepanjat doa aku kirimkan buat insan istimewa..kasih dan rindu insan yang meluah ini sehingga mengalir jernih-jernih putih tanpa sedar..mata ini seakan merelakan air mata ini keluar merembes laju untuk menangis berterim kasih kepada Allah kerana mengurniakan insan istimewa dan menganugerahkan hati ini dalam diriku…



Tiada ulasan: