Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111119

Pesanan buat diriku...

Terkedu lidahku apabila diri ditanya..”anis dah ada ke?” apa yang harus ku jawab..persoalan ini sering menjadi bualan hangat rakan-rakan sekelilingku..namun aku hanya tunduk dan menggeleng kepala tanda diriku masih belum terikat dengan sesiapa..
”Ish!! tak percaya la!”,
”Betul ke?”,
“ala tak payah la tipu kami!”,
”Ye ke? Jangan la memilih sangat!”
“takkan tak de orang nak kot?”
“Ke tak nak kongsi dengan kami!”
Itulah ayat yang sering dituju buatku apabila aku cuba memberitahu kebenaran tentang diriku..jika aku berbohong untuk mengelak dari terkena dengan kawan-kawan?..boleh! tapi mampu ke aku untuk menanggung dosa kemudian hari?
“Menipu tetap haram hukumnya, walaupun kita menipu untuk kebaikan” ayat itu aku dengar dalam satu ceramah, jadi kalu boleh setiap yang keluar dalam mulutku adalah benar belaka, tak sanggup untuk aku menambah dosa yang ada…
Cinta..sering menjadi bualan hangat remaja-remaja masa kini..masakan aku juga ingin merasakan apa yang dimaksudkan dengan cinta…tapi macam mana? Dalam islam boleh ke bercinta? Putaran minda sedang berfikir…nak bercakap dengan lelaki pun tak boleh, inikan pulak dan berdua-duaan..lagi tak boleh…”ish!!!” macam mana ni..!”
Kalau tak kawan dengan kaum adam maka takkan muncullah cinta…”tak kenal maka tak cinta”…itulah istilah yang sering digunakan oleh rakan-rakanku..
Cinta dilangit kasih dibumi…tajuk ceramah yang pernah ku dengar suatu ketika dulu, ia berkisarkan tentan cinta kepadaNYA dan cinta kepada hambanya…sungguh bernas penyampaian oleh penceramah kerana dia menyedarkan diriku tentang erti cinta yang sebenarnya..
“Jika kita memilih untuk cinta kepadaNYA..Allah akan memberi cinta hamba kepadanya, tetapi jika kita memilih untuk cinta kepada hambanya, cinta itu hanya untuk sementara…”
Sungguh mendalam maksud cinta yang disampaikan…adakah kita faham kenapa Allah mengharamkan hambanya bercinta semasa belum berkahwin..berkawan selain untuk tujuan ilmu dan sahsiah diri..kerana nafsu manusia itu tinggi..masakan tidak jika ADAM pun tunduk pada cinta HAWA..begitulah jugak lelaki dan perempuan akan tunduk kepada cinta..
Hanya cinta pada Allah yang kekal selamanya..dia yang memberikan kita cinta yang sebenarnya, iaitu cinta kepada hamba yang halal disisinya.. cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami..nikmat cinta lebih kukuh, ukhuwah dan mahabbah kerana cinta yang dibina berdasarkan cinta Allah bukan cinta nafsu semata-mata..
“Macam mana nak mencari cinta jika tidak bergaul untuk mengenali kaum ADAM?” soalan yang sering diajukan kepada pendakwah-pendakwah yang memengang hukum haram dalam bercinta..cinta yang haram sangat mudah untuk mendapatkannya..manakala cinta yang halal sangat susah..itu semua tanggapan orang yang tidak mahu dengan cinta Allah..
Jika kita meletakkan Allah sebagai pencari cinta..insyaallah DIA akan memberi kita petunjuk dalam memilih jalan cinta yang diredhainya…
“Macam mana?” soalan diaju lagi…melalui orang tengah yang kita rasa yakin untuk sama-sama bermusyawarah dalam memilih cinta…melalui program-program dakwah..program-program yang mendekatkan diri kita kepada Allah..semasa malaikat menaugi kita, dia turut sama berdoa untuk kesejahteraan dunia dan ahirat…itulah keberkatan yang kita cari selama ini…
Indahnya cinta Allah..
“Tapi kenapa tidak ramai yang mahu memilih cinta Allah?”..kerana mengikut hawa nafsu semata-mata..tiada istikharah dalam memilih cinta dan tidak meletakkan Allah ditempat terATAS…
Maha suci Allah yang menjaga hati pemiliknya..sucikan hati kami dari memiliki Cinta Dunia…
Wahai muslimah dan saudari seislamku…pesanan ini aku tujukan untuk diriku jua..bagi memberi sedikit keteguhan dalam memilih cinta Allah mengatasi cinta hambanya…jadikanlah malammu hidup dengan solat tahajud dan istikharah dalam memilih haluan duniawi..basahkan lidahmu dengan meminta keampunan Allah..”Allahumma innnaka affuan karim tuhibbul afwakfuanna…”mudah-mudahan hidup ini akan menjadi indah..
Bersihkan dirimu dengan menjauhi sifat ammarah…hiasilah dirimu dengan sifat-sifat terpuji…serapkan dalam dirimu kesabaran…jadilah seperti Rabiatul Adawiyah yang memilih cinta Agung melebihi cinta manusia…
Titipkan kata-kata indah dalam setiap bait-bait katamu sehingga dirimu menjadi muslimah yang disegani dimata kaum ADAM..sehingga mereka turut tertunduk dan insaf akan diri mereka lantaran tundukknya pandanganmu…
Taburkanlah benih-benih Islam dalam jiwa-jiwa remaja sekelilingmu..sanjunglah dan puji mereka kerana mereka belum kenal cinta Allah..janganlah merendah-rendahkan martabat mereka serta menunding jari jika mereka melakukan kesalahan kerana itu bukanlah cara terbaik dalam berdakwah…
Hiasilah diri dengan kalam Allah dan Sunah Rasul semoga ia sentiasa berkembang mekar dalam hati insan-insan yang rindukan taman-taman islam..
Semoga memiliki cinta Allah sebagai cinta Rabbul Izzati…amin

Tiada ulasan: