Indahnya Mencintai Allah...

Indahnya Mencintai Allah...

20111024

Perjuangan Seorang Hamba...

ASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Selepas selesai ujian UPSR, semua pelajar melangkah keluar dari dewan dengan perasaan gembira…MERDEKA…MERDEKA.. itulah laungan yang terngiang-ngiang di kalangan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Berangan…di situ juga terselit seorang insan bernama Anis.. dia antara yang turut menduduki peperiksaan bersama murid-murid lain…


Anis seorang insan biasa..tiada apa untuk dimegah dengan akademik..dia seorang yang tidak dikenali oleh mana-mana guru..cukuplah sekadar berkawan dengan murid-murid yang ada potensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam उपसर.
“Apabila kita berkawan dengan orang yang pandai…secara tak langsung kita turut belajar untuk jadi pandai”

Kata-kata itu membuatkan Anis sentiasa berharap dapat berkawan dengan mereka..
Eh..Anis awak nak sekolah kat mana lepas ni?” Satu soalan dituju kepada Anis…Anis hanya diam..dalam fikirannya masih tidak terfikir untuk memilih sekolah mana untuk menyambung ke tingkatan satu..
“Entah la! Tengok la macam mana nanti!” itu antara jawapan apabila Anis disoal bertubi-tubi…dia sebenarnya sedih apabila melihat ada antara kawan-kawannya mengisi borang untuk ke sekolah asrama penuh dan sebagainya…sayu hatinya memikirkan dirinya tidak standing kawan-kawannya yang hebat-hebat semua..
“Anis! Tak pe la sekolah mana-mana pun!” hatinya memujuk pada masa itu..

Tiada ulasan: